Welcome
Welcome to the Beaver Computational Thinking Competition (BEAVER) 2026!
Participants may access the competition platform on 12 May 2026, from 10.00 A.M. to 5.00 P.M. only. Each participant is allowed one attempt only.
The competition duration is 45 minutes. You may begin your 45 minutes session at any time within the competition period. A timer will be displayed to show the remaining time.
If you finish early, click "End", then "Yes" to submit your answers. No extra marks are given for early completion.
Please note that if you start the competition less than 45 minutes before 5.00 P.M., the competition will still end at 5.00 P.M., and you will have less than 45 minutes to complete it.
Each category has 15 tasks. The scoring is:
| Difficulty | Correct | Incorrect | Unanswered |
|---|---|---|---|
| A (Easy) | +6 points | -2 points | 0 points |
| B (Medium) | +9 points | -3 points | 0 points |
| C (Hard) | +12 points | -4 points | 0 points |
Click the answer you believe is correct and click "SAVE" if requested. A 'flower mark' will appear in the left-hand column to indicate that the question has been answered. Some tasks may require you to type an answer or perform a simple action. You may use pen, paper, or a calculator if needed.
Two language versions are available for each category. Choose one language only. Once selected, the language cannot be changed, and only one attempt is allowed.
| Version | Language |
|---|---|
| 1 | English |
| 2 | Bahasa Melayu |
You may answer the questions in any order. You can return to previous questions and change your answers before submission. To skip a question, click the “Erase” button to clear your response.
Ready to start?
Click Login, enter your username and password, click on Contest from the top menu, and choose the correct category and language.
Enjoy the challenge and all the best!
__________________________________________________________________________________________________
Selamat datang ke Pertandingan Beaver Computational Thinking 2026!
Peserta boleh mengakses ke platform pertandingan pada 12 Mei 2026, dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Setiap peserta hanya dibenarkan satu percubaan.
Tempoh pertandingan ialah 45 minit. Anda boleh memulakan sesi 45 minit pada bila-bila masa dalam tempoh pertandingan. Jam akan dipaparkan untuk menunjukkan baki masa.
Jika anda selesai menjawab kesemua soalan awal, iaitu kurang daripada tempoh 45 minit, klik butang "End", kemudian "Yes" untuk menghantar jawapan. Tiada markah tambahan diberikan jika anda selesai menjawab lebih awal.
Jika anda memulakan pertandingan kurang daripada 45 minit sebelum jam 5.00 petang, pertandingan akan tetap tamat pada jam 5.00 petang, dan anda akan mempunyai kurang daripada 45 minit untuk menjawab.
Setiap kategori mempunyai 15 soalan. Pemarkahan adalah seperti berikut:
| Tahap | Betul | Salah | Tidak Dijawab |
|---|---|---|---|
| A (Mudah) | +6 mata | -2 mata | 0 mata |
| B (Sederhana) | +9 mata | -3 mata | 0 mata |
| C (Sukar) | +12 mata | -4 mata | 0 mata |
Klik jawapan yang anda anggap betul dan klik "Save" jika diminta. 'Tanda bunga' akan dipaparkan di bahagian sebelah kiri nama soalan untuk menunjukkan soalan telah dijawab. Sesetengah soalan mungkin memerlukan anda menaip jawapan atau membuat tugasan tertentu. Anda dibenarkan menggunakan pen, kertas atau kalkulator jika perlu.
Dua versi bahasa disediakan bagi setiap kategori. Sila pilih satu bahasa sahaja. Setelah dipilih, bahasa tidak boleh ditukar, dan anda hanya dibenarkan satu percubaan.
| Versi | Bahasa |
|---|---|
| 1 | Bahasa Inggeris |
| 2 | Bahasa Melayu |
Anda boleh menjawab soalan tanpa mengikut turutan. Anda boleh kembali ke soalan sebelumnya dan menukar jawapan sebelum menghantar. Jika anda tidak mahu menjawab mana-mana soalan, klik butang "Erase" untuk memadam jawapan.
Sedia untuk mula menjawab?
Klik Login, masukkan username dan password anda, kemudian klik Contest di bahagian atas menu, dan pilih kategori dan bahasa.
Semoga berjaya!
